Wednesday, September 21, 2011

Pepatah Asmara

Cinta si kunang-kunang membawakan erti cahaya di sepi malam. Ramai yang
sedar, alangkah indahnya si kunang-kunang berterbangan; berkelip-kelip, berapi-api. Tapi, sedarkah mereka, cinta si kecil molek ini takkan hidup tanpa ada kegelapan?

Cinta si ikan pari, hanyut bersama sejuknya laut dalam yang penuh rahsia. Lemah gemalai memusingkan badan, menari-nari keriangan. Kita sedar, si ikan pari sungguh bertuah kerana bebas menyebarkan cintanya
ke seluruh dasar lautan. Namun, sedarkah kita, cintanya akan berakhir di mata kail manusia?

Cinta sejuta bintang sebutir Kejora, mengindahkan Bima Sakti ciptaan Tuhan. Mata dan hatinya takjub melihatkan keserian pada cecinta sejuta bintang tersebut, lebih-lebih lagi cinta sebutir Kejora yang bergemerlapan di langit pagi. Indahkah? Sepatutnya dia sedar, cahaya cinta mereka; sejuta bintang sebutir Kejora itu, biasan kejauhan mereka dari tanah Buminya. Seandainya mereka tinggal dekat, Buminya akan hancur, akan lebur. Dia perlu sedar, cecinta sejuta bintang sebutir Kejora, adalah cinta terlarang yang harus diakur, meski hatinya tulus memuji dan memuja.

Kelam menyerlahkan cinta kita
Musuh menguatkan cinta kita
Walau jarak memisahkan cinta-cinta kita
Kita tetap setia, cinta harus terus ada.


Vh~

No comments:

Post a Comment