Wednesday, September 21, 2011

Pepatah Asmara

Cinta si kunang-kunang membawakan erti cahaya di sepi malam. Ramai yang
sedar, alangkah indahnya si kunang-kunang berterbangan; berkelip-kelip, berapi-api. Tapi, sedarkah mereka, cinta si kecil molek ini takkan hidup tanpa ada kegelapan?

Cinta si ikan pari, hanyut bersama sejuknya laut dalam yang penuh rahsia. Lemah gemalai memusingkan badan, menari-nari keriangan. Kita sedar, si ikan pari sungguh bertuah kerana bebas menyebarkan cintanya
ke seluruh dasar lautan. Namun, sedarkah kita, cintanya akan berakhir di mata kail manusia?

Cinta sejuta bintang sebutir Kejora, mengindahkan Bima Sakti ciptaan Tuhan. Mata dan hatinya takjub melihatkan keserian pada cecinta sejuta bintang tersebut, lebih-lebih lagi cinta sebutir Kejora yang bergemerlapan di langit pagi. Indahkah? Sepatutnya dia sedar, cahaya cinta mereka; sejuta bintang sebutir Kejora itu, biasan kejauhan mereka dari tanah Buminya. Seandainya mereka tinggal dekat, Buminya akan hancur, akan lebur. Dia perlu sedar, cecinta sejuta bintang sebutir Kejora, adalah cinta terlarang yang harus diakur, meski hatinya tulus memuji dan memuja.

Kelam menyerlahkan cinta kita
Musuh menguatkan cinta kita
Walau jarak memisahkan cinta-cinta kita
Kita tetap setia, cinta harus terus ada.


Vh~

Thursday, September 8, 2011

Bintang hati.

"Bintang gemerlap, hatiku suram,

Bintang pun beredar pulang, namun hati tidak berganjak,

Bintang akan datang lagi, dan hatiku masih di sini."

Mengapakah sukar menjadi seperti bebintang di atas sana, sedang aku dan hatiku telah lama berpijak di bumi yang nyata?

Pelik sungguh perasaan ini, seolah-olah ia masih tersembunyi. Pasrah.

lovely lonely;
Vh~

Wednesday, September 7, 2011

Seperti Syurga-Mu (Pop Shuvit/Man Bai)


Hey guys! MashaAllah it's been 2 years and a half month since the last time I updated my blog. What's up man?? Hehe, what I can realize is of course my English now better than before. Really??? Hmm bolehlah. Oh enaknya perasaan ini, apa lagi apabila baca balik karya-karya asli yang dicoretkan. Ada dua posts kena tahan sebab tak nak kasi u all baca, heee. Bukan apa, takut u guys tak faham je. It's ok then, let's read all-in-new version of a more-mature perMysuri's writing ya? InshaAllah.
Here I wanna share with you a sincere feeling of being a man who is searching for the come-back way to the real hometown. Best....sebab Man Bai yang nyanyi. Weee..rindunya pada Man Bai!!
Okey lah, enjoy ya! Like a friend of mine said: "Dengar dan tonton dengan iman." Ehehe ;p

"Oh, Engkau yang menentukan, apakah aku ini yang terakhir untuk ke Syurga-Mu?"
Vh~